Tuesday, April 19, 2016

Tips Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung

  • Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup hampir sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena cara penjagaannya.
  • Jika anda berambut panjang dan kerap mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa yang singkat, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering hanya 50 % dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, ini juga boleh memudaratkan rambut. 


 
Walaupun anda bertudung, pastikan rambut anda sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:
 
  • Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain  kapas bagi memudahkan aliran udara dikepala anda.
  • Sewaktu menggayakan tudung & shawl, jangan melebihi 4 lapisan kain kerana semakin tebal tudung anda, semakin sukar rambut anda ' bernafas' dan mudah lembab serta berbau.
  • Elakkan dari memakai tudung & shawal berwarna gelap seperti hitam jika aktiviti seharian kita banyak menghabiskan masa di bawah cahaya matahari. Warna hitam mudah menyerap cahaya matahari lebih banyak dan akan membuatkan anda tidak selesa dan kulit kepala akan mudah gatal dan berpeluh.
  • Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun daripada beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaik-baiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
  • Sikat rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya
  • Elakkan memakai tudung ketika rambut masih basah dan belum kering sepenuhnya. Keadan ini akan menimbulkan masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut berbau yang kurang menyenangkan.
  • Jagalah kebersihan rambut dan kulit kepala dgn penggunaan produk yang bersesuaian dengan keadaan rambut anda. Penggunaan produk rambut yang lengkap seperti syampu, perapi, minyak rambut (sebelum cucian), serum/ tonik ( selepas cucian) dan masker rambut amat penting khususnya bagi wanita yang menghadapi masalah rambut.
  •  Dapatkan khidmat rawatan rambut sesekali di saloon-saloon rambut muslimah. 

Order Form

Full Name
Handphone Number
Email Address
Code Number
Size (if any)
Color (not necessary)
Payment Method Maybank
CIMB
AmBank
Address For Postage

create form